Sunday, 7 October 2018

Giveaway Planner by shfyqhazhr.com


Assalamualaikum, hari ana ada join giveaway sorang akak ni. Maklumlah, ni baru first time join giveaway. So, ana just nak rasa macam mana hahahahah.... Ok tak lawak sebenarnya. Ana nak ajak korang semua join giveaway ni.



Ni, serba sedikit biodata akak ni...

Nurul Shafyqah Azry Binti Azahar, 96's babies, 23rd Dec, a proud Kedahan. Gemok.

Blog about my life, my food, person i love, drama & film, lyric and also do review.

For inquiry, review and advertising , email to shfyqhazhr@gmail.com

.............................................................................

Wednesday, 3 October 2018

I PHONE'S HISTORY

Hye evryone, last week I found this information on youtube. But I forgot what the name of this video is. Look at it. Very impressive, it's about improvement of i phone.



   
 
 

 

 

 

 

Comment below if you have one of those i phone or i phone you have dreamed for...
Wait for the next update! Bye...

Cuti sempena PT3...

3 Oktober 2018

Assalamualaikum!

Semua sihat ke hari ni? Hahahaha...
Hari ni ana cuti, sebab form 3 periksa. So rasa free sikit untuk tulis blog nih. Ana kalau cuti bukan duduk lepak kat rumah, tapi hari ni ana buat kerja-kerja rumah. Tak lah banyak sangat buat. Bukan homework tau... kalau homework, memang berbukit dah nak jadi gunung dah. So lepas dah buat kerja-kerja rumah ni, layan ig jap. aduhhh... sikit-sikit layan ig. memang takleh nak berpisah betul dengan app nih.

Lepas tuh, ana buat homework. Sambil-sambil tuh jengok2 la sikit adik yang tengah main tu. Tiba-tiba timbul rasa macam nak pergi kat meja adik. saje nak ambil gambar kat meja dia. Sebab dia ni jenis yang minat baca komik. kakak dia pulak jenis yang minat tengok banyak-banyak buku. Adoi rasa cemburu pulak sebab dia asyik dapat buku dari abah je. Abah kata " haih... selagi dia minat membaca, teruskan jelah". Ana pun rasa macam, ahh takpelah asalkan ana punya buku lagi banyak dari adik ana...hehehe. Ni buku dia.


Bukan apa, cuma takut nanti dia mintak kat abah nak beli buku Harry Potter yang tebal tu. Mahal tau, tak tahu dia suka baca novel ke tak? Nanti beli tak baca membazir je... Sekarang dah ada 2 buku nih. Tu pun tak baca lagi.





Haih.. banyak betul buku dia nih. Lepastu sambung pulak homework. Buat, buat, buat sampai adik-adik balik. Kitorang berdua tak buat apa-apa sangat hari ni. Bosan sikit lah. Sebenarnya esok hari jadi ibu. So, abah balik bawak kek, sedap.... Dalam peti ais ada lagi 2 butir kek tuh... tak habis lagi. Kek tu masa hari jadi abah dan adik ana. Diorang tak makan sangatlah, orang kat rumah kan sikit.
4 Oktober 2018
Hai, Assalamualaikum.Hari ni ana bangun awal sikit sebab nak buat kerja-kerja rumah takut tak sempat sebab esok dah nak sekolah. Bangun pagi je, siap-siap . Pergi tolong ibu kat dapur sediakan breakfast untuk diorang. I mean ana punya adik-adik. Lepas diorang dah pergi sekolah tu. Bermulalah misi pada hari ini.First, angkat baju yang dah kering bawak naik atas. Lepastu kemas bilik tidur diorang semua nih... Basuh pinggan, terak pinggan, kemas meja. Naik atas, Lipat baju dari pukul 9 sampai pukul 11. Banyak sangat. Sebenarnya, nak buat kerja rumah tapi teragak-agak nak buat ke tak? Sebab malas campur risau nanti tak siap.Sesiapa boleh bagi tips rajin belajar. hehehe..

Sambil-sambil lipat baju 2 jam nih. Dengar la lagu sikit... heheheh
Klah... nak sambung makan kek!


Wait for the next update! Bye...Thanks





Monday, 1 October 2018

The target that I have achieved...

Assalamualaikum w.b.t ,

Lagi 2 minggu je nak periksa penggal ke 2. Tak tahu la kenapa dengan ana bila periksa je, asyik rasa 'relax' je lepas ambil ujian UPSR dulu... Tak rasa takut atau busy untuk study pun. So, hari ana sebenarnya ana nak cerita tentang target yang ana dah dapat capai tahun ni. Yeayyy!!!

Antaranya, ana dapat pangkat lans koperal kadet remaja sekolah, top 5 pulak tuh. Ana tak percaya yang ana boleh dapat pangkat nih. Ana memang masuk KKP [ kursus kenaikan pangkat ] tujuan untuk rasa pengalaman dan target dapat gagal je, lepas tuh dapat sijil tambah markah koku. Teruk tak ana? hehehe. Ana jenis yang aktif la jugak krs nih. Tapi kalau bab pangkat jangan tanya, memang malas gila naikkan pangkat. Nak tau sebab apa ana target gagal, sebab ada banyak lagi yang ana tak habiskan antaranya wajibat...

So, yang kedua. Ana target nak guna i phone. Ana gila tak sangka, ayah ana bagi macam tu je. Ana bila dapat tu feeling terlebih dalam hati. Tapi 'reaction' muka kat luar tu macam biasa je. ana baru je dapat 29 september nih. Masa tu ana tak perasan lagi yang i phone tu target yang  ana nak capai tahun nih. Bila duduk kat meja belajar baru teringat tu salah satu target ana tahun ni. Serious gembira gila. Sampai sekarang pun tk boleh move on.

Hmmm... tu je la kot ana rasa. daripada 18 target 2018 tahun ni. Ana dapat 2 je buat masa sekarang. alhamdulillah. Ok lah, tunggu new post daripada ana nanti  byeee...

Wednesday, 26 September 2018

Cerita 'Pemimpin Deskmate'

Assalamualaikum,

Kawan ana ada minta ana cerita tentang kawan se'deskmate' dia, iaitu  Zakirah dan Humairaq. Yang mintak tu Humairaq la. So, ana ada bagi nama untuk deskmate kitorang ni 'Pemimpin Deskmate'. Nak tau sebab apa?

Sebab deskmate kitorang semua yang berjawatan. LOL. Ana ahli 2K ( Keselamatan dan Kebajikan ), Si Zakirah tu penolong kelas, dan Si Humairaq tu pengawas. That's why we call it 'Pemimpin Deskmate'. Kalau cerita kat sekolah ni memang benda yang sangat bersejarah bagi kitorang. So, cerita dia macam ni...

Zakirah dan Humairaq tu, mak diorang memang rapat. Macam tak boleh percaya diorang asyik sekelas  je, dari darjah 6 kot? Lepas tu, diorang pergi luar negara sama-sama sebab mak diorang punya kerja. Diorang ni memang rapat. Keluar rehat sama-sama, kumpulan sama-sama. Kebanyakannya sama-sama lah...

Jadi, ana sebagai orang yang duduk semeja dengan diorang ni, rasa macam tersindir la mula-mula. Tapi diorang peramah dengan ana. ( kembang hidung jap ). Ana sebenarnya kalau tak kenal sangat orang-orang ni, ana jadi diam and automatic akan jadi blur. Hehe. Tapi makin lama, kitorang jadi sangatlah rapat. I think?. Kalau bosan asyik main game sama-sama, main 'dare or truth'. Sangatlah seronok bila main dengan diorang nih...

Meja kat kelas kitorang bertiga-tiga. So, ana duduk tepi, Humairaq duduk tengah dan Zakirah duduk tepi Humairaq. Bila berlajar, kadang-kadang la. Ana terasa kena palau jap. Tapi terasa lah dalam hati ni... Alone. Tapi diorang dua tak selalu pun macam tu. Sebab bila tiba-tiba rasa alone tu diorang terus sapa ana. So ana be like... happy je lah sebab dengan sapa diorang dah ubat hati ana!

So, nothing hurt me, because of you...😄💘



Thanks to both of you! Uhibbukifillah.
Ni diorang punya ig :fiza_humai and zakiwaki_ 


Oppsss... tiba-tiba pulak  promote diorang punya ig hahahah....

[ Benda biasa berlaku kepada remaja-remaja yang ada BFF tukan? So my story is normal... Ana pun tak kisah. Tapi tertimbul perasaan cemburu pulak...hehehe ]





Btw ana bermaksud saya dalam bahasa arab tau. You all know right? Ana sekolah agama, so kitorang guna ni kat sekolah.

Oklah, thanks kepada sesiapa yang baca cerita deskmate ana nih. Wait for the next update guys, Bye!!!

Friday, 14 September 2018

What happened on 14 September

Assalamualaikum,

Today, I don't have anything to do. Just what makes me write this blog today because my English teacher has given homework to my classmates to tell about our activities that we have done today in the blog. Anyone who has no blog, they can tell their story on Instagram story, Facebook or Whatsapp status.


So, today I have a fitness test with my five of my classmates. I am really tired. Well, I forgot to practise. After we've done the fitness test, we have classes with my English teachers. This time my English teacher gave me an assignment to tell a story for today at my blog. So, yeah actually I'm a bit lazy to open my blog but because of this task, I need to do it as well. Whatever. After English subject time  has finish. I went to the canteen to rest and eat before the science class began. But unfortunately,  Muallim Razimah is absent. So we learned Tafsir with Muallim Hazim, but many students have slept. What to do? all my classes are sleepy. After the subject of Tafsir, it's the subject of the Malay language. Suddenly, I fell asleep. Last night I was sleeping at 4 o'clock. I was very sleepy, and then we go to prayer , eat and listen to the talk during PB [banat program]. During the mentoring, the bkp [ Badan Kepimpinan Pelajar ] has been planning a program for all students. The activity was a bit fun. We need to make short film about our teachers. The title is 'love my teacher' or 'sayangi murobbiku'. I'm really excited. We make the short film together. I'm really happy because my classmates have worked together very well. So that's the only activity that I've done today.  When I'm back home, I want to do my homework. I am very tired today. I have a lot of homework. . See you later. Wait for the next update, Bye!


Thursday, 30 August 2018

KMRV YBR 2018 [ KEMBARA MUDA RAKYAT 5 YAYASAN BANK RAKYAT 2018 ]


Assalamualaikum w.b.t.

   Jadi hari ini saya nak cerita tentang pengalaman saya pergi ke KMRV YBR ( Kembara Muda Rakyat 5 Yayasan Bank Rakyat) ini.

Kalau korang semua tahu, program ini diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2014 oleh Yayasan Bank Rakyat. Setiap tahun temanya berbeza. Tujuan mereka membuat program ini untuk:


  • Mengurus dan mentadbir dana dan sumbangan dengan cara yang berkesan untuk memastikan kemampanannya.
  • Mempromosikan pengayaan ilmu pengetahuan serta pendidikan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.
  • Untuk memelihara, memperbaiki, dan melindungi persekitaran semula jadi bagi generasi semasa dan masa depan.
Kita mempelajari ilmu dalam program ini dengan cara mengembara ke seluruh malaysia berdasarkan tema tersebut. So. Ini adalah tempat-tempat dan tema program tahun sebelum ini.

KMR Sebelum Perjalanan:

KMRI 2014 -Perak & Kedah - Sejarah Dihayati, Alam Disayangi.

KMR II Selangor, Melaka & Johor- STEM (Sains, Teknologi, 2015 Kejuruteraan, Matematik)

KMR III 2016 Terengganu & Pahang - Hari Ini Untuk Esok "Warisan Sumber Modenisasi.

KMR IV 2017 Selangor, Perak & Kedah - Pengembaraan Bersama NURI 2017.

Dan Tahun ini punya adalah:
KMR V 2018 langkawi, Kedah. Budaya Kita Warisan Kita.

Image result for kmrv ybr



PENGALAMAN ...


DAY 1 ( Khamis 16 Ogos ):



Masa untuk kumpul kat menara tu pukul 0630 tau. Tapi kitorang baru balik sekolah, fiuh memang penat ahhh. Packing barang terus bila baru balik dari sekolah. Esok sekolah tapi tak datang hahahahah sebab program ni. Hihihi. So datang pun lambat, taklimat tak sempat dengar pun. Huhuhuhu... Lepas tu kitorang duk dalam kumpulan, then gerak terus naik bas. Kitorang bas c. Selepas tu bermula lah pengembaraan, kitorang terus gi Kuala Perlis Jetty. Tak ingat berapa jam tapi lama gak aaa... Ya allah, tidur dalam bas malam malam memang nikmat. Dengan sejuk dia tuh...


  

DAY 2 ( Jumaat 17 Ogos ):



Lepas dah tidur nyenyak tuh.. bangun-bangun dah sampai. pastu kitorang gi masjid nak solat subuh berjemaah [ FYI solat subuh kat sini tak de qunut ]. Masa tu memang tepat pukul 5 pagi. Lama betul duk dalam bas tak keluar-keluar heheheh. Dah solat tu semua terus gi kat Jetty ambil beg tunggu kat dalam. diorang adala bagi makanan kat pintu masuk. Sebab tak de masa nak bagi. So ikut kau la nak makan bila, nanti ke, besok ke, lusa ke, sampai habis program ni pun boleh makan tu. Sebab diorang bagi je.So kita pun makan je lah kan hahahah.



Bila dah masuk feri tu, tempat letak packaging dia tu penuh ngan kitorang punya peserta je... lawak betul... nampak macam bukit tinggi dah. Tapi best masa kat dalam feri tu diorang pasang cerita hindustan [ Movie] dan kitorang dapat tengok pemandangan matahari terbit dari dalam feri. Wow memang best. So bila dah sampai tu, kitorang jalan terus naik bas ke MRSM Langkawi.



Kitorang kumpul kat dewan MRSM dengar taklimat dan pembahagian bilik. Diorang bagi masa kitorang untuk mandi, solat dan bersiap 1 jam sahaja. Kalau saya memang tak sempat la sebab nak kemas baju dan barang kat bilik. So saya tak mandi sebab plan nak mandi malam. Then, kitorang pergi Galeria Perdana ada 'Treasure hunt'. Memang penat, sebab nak cari jawapan dia kat seluruh sudut galeri tu pastu kena wefie dengan jawapan dia sebagai bukti la... Alhamdulillah la dapat no.2 .Tak sia-sia berlari.



So, malam tu ada persembahan tentang sejarah langkawi. Kitorang punya group campur ngan group lain, so 2 group berlakun sama sama. Tajuk kitorang ' Beras Terbakar '. Masa yang diorang bagi dari pukul 7 hingga 8 je untuk preparation. Sikit tau masa kitorang. Tapi entah nak buat camne kan. Masa itu emas, tepatilah masa. Lantak kau lah nak berlakun macam mana, buat je.Ni serious tak percaya kumpulan kitorang yang gabung ni, dapat tempat 1st. Hahahahhahah. Semua mata terbeliak tak percaya. Hahahhahah terima kenyataan. Lepas tu semua dah penat-penat tu balik asrama tidur. [ of course mandi dulu ]













DAY 3 ( Sabtu 18 Ogos ) :



Pagi tu, bangun pagi, mandi, gi breakfast... pastu depart to Masjid Al Istiqamah Kuala Teriang. Kitorang pergi tolong kampung situ untuk melaksanakan korban. Haha kitorang korban awal sikit. Ada yang sembelih ayam, potong daging lembu. Kat masjid tu ramai peserta kitorang yang buat kerja-kerja. Memang takde sorang  pun tak buat kerja. Wow dalam diri tu ada la rasa bangga sikit dan puas hati. Sebab semua bertanggungjawab. Ada yang basuh pinggan, goreng ayam dan lain-lain.



Next, kitorang lawat kampung nelayan. Wah memang berbeza diorang hidup ngan kita. Diorang ada subsidi. Diorang buat kapal sendiri. Lepastu  kitorang pergi Ladang Pandan Coconut, kitorang dengar sejarah tentang bagaimana Pak Mail mengusahakan ladangnya dan lain-lain. [ Nanti saya kongsikan nota saya ]



Lepas lawat tu, kitorang bersiap nak solat maghrib dan isyak. Kitorang mandi dekat Homestay, pergi jalan kaki. Alah dekat je... Tapi tak mandi pun, sebab masa suntuk dan ramai orang nak mandi. So kitorang tak mandi. Tabahla ye. kalau mengembara ni memanng macam ni. Malam tu solat maghrib, dengar ceramah dari Imam Muda Asyraf. Ya allah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuk dan penatnya. Sekali menguap tertidur terus. haishhh... Lepas tu ada makan-makan dengan community. Siap makan terus naik bas balik MRSM. Fiuhhh... Mareyyy tidur. Penat tau tak.💦








DAY 4 (Ahad 19 Ogos ):


Ok, program hari yang ni best. Lepas breakfast kitorang terus pergi kat Telaga Tujuh Eco Park. so tempat kitorang naik bukit yang condong dia macam haishhh... nak terjatuh kebelakang. Sesak nafas naik. Sebelum kitorang naik tu diorang ada bagi 3 buku. Harga 1 buku tu RM 100 lebih. Macam ' cannot brain' lah kan.  Buku tentang air, tentang hutan dan buku latihan. Wahhh... naik atas tu salin semua benda la. memang banyak nota saya buat. Nanti saya tunjuk. [ bila dah turun bawah balik tu, kitorang pergi la makan kan, pastu diorang {Fesi} pergi pasang lagu  K -Pop pulak. Semua orang pun jadi satu kepala, pergi nyanyi sama-sama.] - Banyak monyet yang ganas dan kelaparan di sana, hati- hati kalau korang pergi sana-



Lepas naik bas tu, ingat nak balik asrama. Rupa rupanya, nak pergi Art and STEM Exposure at The Oriental Village:3D Art Museum. bila masuk kat dalam tu memang best la... ada gambar jangan risau nanti saya tunjuk. Dah la masa tu tengah hujan. Masuk dalam keadaan yang basah. kasut hmmm... Habis basah jeruk. Lepas dh enjoy-enjoy, kitorang lah yang paling awal keluar. so ada banyak masa lagi... kitorang pergi kedai. Member kata nak makan aiskrim, so diorang beli. Tiba-tiba tangan keluarkan duit nak beli aiskrim. Padahal tak nak pun sebenarnya, mungkin rasa lapar kot sebab tu nak kunyah-kunyah. Rezekilah kan, dapat makan Magnum almond. Fiuhhh. terliur...



Ingatkan nak balik asrama, tapi tak pun. Kitorang pergi kat Langkawi Research Center UKM Tour di Pantai Tok. So kena buat aktiviti untuk mengenali umur fosil-fosil sekalian tu. Maklumlah, Kumpulan kitorang jenis yang suka bertanding atau dipanggil pantang dicabar. Kitorang je yang bising berbincang nak cepat-cepat siap. Last-last siap dulu. Hmmm... puas hati diorang. Saya pun puas hati sebab kumpulan saya jenis yang 'sporting' gila. hahaha.



Malam tu diorang kata kitorang ada pembentangan tentang pelajaran yang dipelajari sepanjang program ni dari awal sampailah sekarang ni kan. Kitorang pun terkejut, lepas makan kitorang solat. Hmmm... kumpulan kitorang kumpulan last buat preparation sebab tak cukup masa. So, cara kitorang bentang. ambil semua phone ahli tunjuk gambar yang kitorang pergi. tapi lain-lain la. Nanti bila juri sampai suruh diorang pilih. Dan kitorang akan ceritakan berdasarkan cerita yang juri pilih. Haaa... Kreatif tak? Tapi ada kumpulan lain tiru... tak best la pulak. BTW, kitorang  punya pembentangan tu macam gallery walk. so juri datang kat setiap tempat.Pastu tiba-tiba kena buat 'cheers'. hmmm... lantakla...buat jela. Memang kuat hahhahahahahah.



Tapi tak menang pun presentation tu, tapi bila diorang umumkan yang top 3 kitorang ada je. Mungkin markah-markah sebelum ni kot. So diorang kata yang top 3 ni kena buat persembahan untuk malam esok. Haiiih... nantikan je lah ye.


   

 


DAY 5 ( Isnin 20 Ogos ):




Okay, harini kitorang pergi Kilim Karst Geoforest Park. Kitorang naik boat hari ni. Yaaasss... So, kitorang naik bot pergi gua kelawar. Wah, first time tengok kelawar depan mata. Seram gila... dia ada dua gua. satu gua ada kelawar. Satu lagi, gua dia kecik , sampai kena jalan macam itik. pastu keluar. Lepas tu naik bot balik, masa di belok tu. best, tersenget kat sebelah macam nak jatuh. menjerit semua dalam bot tu. [ BTW kitorang 1 boat satu kumpulan so kitorang ada 12 bot 2 bot untuk fesi teknikal lagi 10 tu kitorang. ]. 


Pastu  kitorang masuk gua buaya, hmmm... macam-macam lah. Pastu nak ambil gambar dekat bukit yang ada tulisan  Kilim Geoforest Park tu. Semua duduk hujung boat, nak ambil  gambar kumpulan, pastu budak lelaki yang duduk belakang kitorang ni pun melompat. Nak kacau tujuan diorang tu, pastu bising la bot kitorang takut terpacak kebelakang, jatuh nanti kang tak tahu. Tapi bot peserta yang lain pandang kitorang dengan muka bela, malu betul. heheheheh.

Lepas puas naik bot, kitorang pun masuklah bas. Then, kitorang pergi visit Mahsuri Tomb's & Culture Centre. Hmmm... penat berlari. Ada explorace kat situ, tapi tak sempat ambil gambar sebab busy lari dan selfie. Jawapan dia kena ada gambar selfie kumpulan baru sah. Tapi kitorang 2nd hantar. So apa lagi, kitorang bincang pasal apa nak buat malam nih... takut serius takut. Kitorang cadang nak buat dzikir barat. Dan ia memang menjadi dan memalukan bagi saya huhuhu. Pastu pastu, kitorang pergi HIG [ Haji Ismail Group ] punya kedai. So kat situ kitorang borang coklat. Saya borong sampai habis duit. (Duit yang mak bagi)

Petang tu, kitorang buat preperation sampai ke maghrib kat MRSM. Semua pakai baju tradisional. Lepas habis kata-kata penutupan, diorang panggil top 3 bersedia kat belakang pentas. Kitorang tinggalkan makanan kat atas meja makan dengan perasaan gerun. hu hu hu. Takut. Dan akhirnya kitorang buat persembahan dan persembahan itu sikit lagi nak hancur. Malu weyhhh... lepas habis tuh. Kitorang datang balik kat meja makan dengan perasaan malu-malu kucing. Hahahaha, pastu diorang pasang video sepanjang kitorang ada kat langkawi.

 Tiba masanya, diorang kata diorang nak kira markah balik. Dan kumpulan saya dapat no 2. Serious dah agak no 2 sebab dari haritu diorang sebut nama kumpulan top 3 tu  kitorang kat tengah. Lepas tu naik la pentas. adoiii... saya lead jalan naik pentas, buat malu je tak tahu jalan arah mana. Ambil gambar kat pentas and then tengoklah dalam hadiah tu ada apa. Rupa-rupanya coklat lagi. Banyak coklat bawak balik nih. Dah borong dapat lagi. Habis ceremony tu ambil gambar kumpulan. Rindu lah... Pastu diorang suruh kumpul balik nak bagi taklimat esom bangun awal terus gerak pergi Jetty. 

Tidur dengan kesedihan esok pagi nak tinggalkan langkawi.







 






DAY 6 ( Selasa 21 Ogos ):


Bangun-bangun pagi terus pergi mandi packing barang, keluar dorm dengan member, terus naik bas pukul 0630. Macam bangun malam, naik bas pergi jetty denggan coklat yang banyaknya. Sementara tu diorang suruh Breakfast, diorang bagi sandwich ngan nasi lemak. Hahahaha breakfast dekat depan pintu masuk Jetty, dengan line yang banyaknya kitorang ni. Pastu naik Jetty, makan nasi lemak dalam feri. Dah kenyang pastu tertidur. Bila bangun tu, tengok kat tv depan rupanya ada cerita ' Train to Busan'. Huhuhuh nak tengok walaupun dah tengok banyak kali. Lepas tu diorang kata sampai R&R diorang bagi RM15 belanja untuk makan. Tapi kebanyakan peserta kitorang makan KFC. Yang lawaknya kat KFC tu ada peserta kitorang je. Ok tak. Sambung pulak perjalanan sampai Menara Kembar Bank Rakyat. Turun bas tunggu kat pintu utama. Pastu balik... Camtu je. Sedih, tapi Whatsapp kumpulan kitorang masih aktif. Hahahahaha... I mean kitorang masih ber'contact'.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, KMR tahun ni lagi best dari tahun lepas, sebab ramai kawan dan aktiviti dia menarik. Kalau korang nak join. Jomlah, pergi kat website diorang. Setiap tahun ada tau. Untuk remaja yang berumur 13- 17 tahun sahaja. Untuk sekolah menengah je tau. Aktiviti Diorang memang best. Menyesal tak pergi sebab program ni diorang sponsor semua benda: Untuk program ni kitorang dapat beg, 3 helai baju [ Sempena program yang diorang buat], buku, makanan, minuman, pengakutan. Semua benda diorang sponsor. Jangan risau sebab diorang hanya mahukan objektif program ini tercapai demi remaja-remaja yang berada di malaysia untuk mengetahui tentang malaysia.

...................................................................................................................................................................

Baiklah, Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca pengalaman saya sepanjang cuti ini. Harap korang terhibur. Kalau korang suka pengalaman ni sila komen dibawah...! Bye Bye.