Wednesday, 3 October 2018

Cuti sempena PT3...

3 Oktober 2018

Assalamualaikum!

Semua sihat ke hari ni? Hahahaha...
Hari ni ana cuti, sebab form 3 periksa. So rasa free sikit untuk tulis blog nih. Ana kalau cuti bukan duduk lepak kat rumah, tapi hari ni ana buat kerja-kerja rumah. Tak lah banyak sangat buat. Bukan homework tau... kalau homework, memang berbukit dah nak jadi gunung dah. So lepas dah buat kerja-kerja rumah ni, layan ig jap. aduhhh... sikit-sikit layan ig. memang takleh nak berpisah betul dengan app nih.

Lepas tuh, ana buat homework. Sambil-sambil tuh jengok2 la sikit adik yang tengah main tu. Tiba-tiba timbul rasa macam nak pergi kat meja adik. saje nak ambil gambar kat meja dia. Sebab dia ni jenis yang minat baca komik. kakak dia pulak jenis yang minat tengok banyak-banyak buku. Adoi rasa cemburu pulak sebab dia asyik dapat buku dari abah je. Abah kata " haih... selagi dia minat membaca, teruskan jelah". Ana pun rasa macam, ahh takpelah asalkan ana punya buku lagi banyak dari adik ana...hehehe. Ni buku dia.


Bukan apa, cuma takut nanti dia mintak kat abah nak beli buku Harry Potter yang tebal tu. Mahal tau, tak tahu dia suka baca novel ke tak? Nanti beli tak baca membazir je... Sekarang dah ada 2 buku nih. Tu pun tak baca lagi.





Haih.. banyak betul buku dia nih. Lepastu sambung pulak homework. Buat, buat, buat sampai adik-adik balik. Kitorang berdua tak buat apa-apa sangat hari ni. Bosan sikit lah. Sebenarnya esok hari jadi ibu. So, abah balik bawak kek, sedap.... Dalam peti ais ada lagi 2 butir kek tuh... tak habis lagi. Kek tu masa hari jadi abah dan adik ana. Diorang tak makan sangatlah, orang kat rumah kan sikit.
4 Oktober 2018
Hai, Assalamualaikum.Hari ni ana bangun awal sikit sebab nak buat kerja-kerja rumah takut tak sempat sebab esok dah nak sekolah. Bangun pagi je, siap-siap . Pergi tolong ibu kat dapur sediakan breakfast untuk diorang. I mean ana punya adik-adik. Lepas diorang dah pergi sekolah tu. Bermulalah misi pada hari ini.First, angkat baju yang dah kering bawak naik atas. Lepastu kemas bilik tidur diorang semua nih... Basuh pinggan, terak pinggan, kemas meja. Naik atas, Lipat baju dari pukul 9 sampai pukul 11. Banyak sangat. Sebenarnya, nak buat kerja rumah tapi teragak-agak nak buat ke tak? Sebab malas campur risau nanti tak siap.Sesiapa boleh bagi tips rajin belajar. hehehe..

Sambil-sambil lipat baju 2 jam nih. Dengar la lagu sikit... heheheh
Klah... nak sambung makan kek!


Wait for the next update! Bye...Thanks





3 comments: