Thursday, 30 August 2018

KMRV YBR 2018 [ KEMBARA MUDA RAKYAT 5 YAYASAN BANK RAKYAT 2018 ]


Assalamualaikum w.b.t.

   Jadi hari ini saya nak cerita tentang pengalaman saya pergi ke KMRV YBR ( Kembara Muda Rakyat 5 Yayasan Bank Rakyat) ini.

Kalau korang semua tahu, program ini diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2014 oleh Yayasan Bank Rakyat. Setiap tahun temanya berbeza. Tujuan mereka membuat program ini untuk:


  • Mengurus dan mentadbir dana dan sumbangan dengan cara yang berkesan untuk memastikan kemampanannya.
  • Mempromosikan pengayaan ilmu pengetahuan serta pendidikan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.
  • Untuk memelihara, memperbaiki, dan melindungi persekitaran semula jadi bagi generasi semasa dan masa depan.
Kita mempelajari ilmu dalam program ini dengan cara mengembara ke seluruh malaysia berdasarkan tema tersebut. So. Ini adalah tempat-tempat dan tema program tahun sebelum ini.

KMR Sebelum Perjalanan:

KMRI 2014 -Perak & Kedah - Sejarah Dihayati, Alam Disayangi.

KMR II Selangor, Melaka & Johor- STEM (Sains, Teknologi, 2015 Kejuruteraan, Matematik)

KMR III 2016 Terengganu & Pahang - Hari Ini Untuk Esok "Warisan Sumber Modenisasi.

KMR IV 2017 Selangor, Perak & Kedah - Pengembaraan Bersama NURI 2017.

Dan Tahun ini punya adalah:
KMR V 2018 langkawi, Kedah. Budaya Kita Warisan Kita.

Image result for kmrv ybr



PENGALAMAN ...


DAY 1 ( Khamis 16 Ogos ):



Masa untuk kumpul kat menara tu pukul 0630 tau. Tapi kitorang baru balik sekolah, fiuh memang penat ahhh. Packing barang terus bila baru balik dari sekolah. Esok sekolah tapi tak datang hahahahah sebab program ni. Hihihi. So datang pun lambat, taklimat tak sempat dengar pun. Huhuhuhu... Lepas tu kitorang duk dalam kumpulan, then gerak terus naik bas. Kitorang bas c. Selepas tu bermula lah pengembaraan, kitorang terus gi Kuala Perlis Jetty. Tak ingat berapa jam tapi lama gak aaa... Ya allah, tidur dalam bas malam malam memang nikmat. Dengan sejuk dia tuh...


  

DAY 2 ( Jumaat 17 Ogos ):



Lepas dah tidur nyenyak tuh.. bangun-bangun dah sampai. pastu kitorang gi masjid nak solat subuh berjemaah [ FYI solat subuh kat sini tak de qunut ]. Masa tu memang tepat pukul 5 pagi. Lama betul duk dalam bas tak keluar-keluar heheheh. Dah solat tu semua terus gi kat Jetty ambil beg tunggu kat dalam. diorang adala bagi makanan kat pintu masuk. Sebab tak de masa nak bagi. So ikut kau la nak makan bila, nanti ke, besok ke, lusa ke, sampai habis program ni pun boleh makan tu. Sebab diorang bagi je.So kita pun makan je lah kan hahahah.



Bila dah masuk feri tu, tempat letak packaging dia tu penuh ngan kitorang punya peserta je... lawak betul... nampak macam bukit tinggi dah. Tapi best masa kat dalam feri tu diorang pasang cerita hindustan [ Movie] dan kitorang dapat tengok pemandangan matahari terbit dari dalam feri. Wow memang best. So bila dah sampai tu, kitorang jalan terus naik bas ke MRSM Langkawi.



Kitorang kumpul kat dewan MRSM dengar taklimat dan pembahagian bilik. Diorang bagi masa kitorang untuk mandi, solat dan bersiap 1 jam sahaja. Kalau saya memang tak sempat la sebab nak kemas baju dan barang kat bilik. So saya tak mandi sebab plan nak mandi malam. Then, kitorang pergi Galeria Perdana ada 'Treasure hunt'. Memang penat, sebab nak cari jawapan dia kat seluruh sudut galeri tu pastu kena wefie dengan jawapan dia sebagai bukti la... Alhamdulillah la dapat no.2 .Tak sia-sia berlari.



So, malam tu ada persembahan tentang sejarah langkawi. Kitorang punya group campur ngan group lain, so 2 group berlakun sama sama. Tajuk kitorang ' Beras Terbakar '. Masa yang diorang bagi dari pukul 7 hingga 8 je untuk preparation. Sikit tau masa kitorang. Tapi entah nak buat camne kan. Masa itu emas, tepatilah masa. Lantak kau lah nak berlakun macam mana, buat je.Ni serious tak percaya kumpulan kitorang yang gabung ni, dapat tempat 1st. Hahahahhahah. Semua mata terbeliak tak percaya. Hahahhahah terima kenyataan. Lepas tu semua dah penat-penat tu balik asrama tidur. [ of course mandi dulu ]













DAY 3 ( Sabtu 18 Ogos ) :



Pagi tu, bangun pagi, mandi, gi breakfast... pastu depart to Masjid Al Istiqamah Kuala Teriang. Kitorang pergi tolong kampung situ untuk melaksanakan korban. Haha kitorang korban awal sikit. Ada yang sembelih ayam, potong daging lembu. Kat masjid tu ramai peserta kitorang yang buat kerja-kerja. Memang takde sorang  pun tak buat kerja. Wow dalam diri tu ada la rasa bangga sikit dan puas hati. Sebab semua bertanggungjawab. Ada yang basuh pinggan, goreng ayam dan lain-lain.



Next, kitorang lawat kampung nelayan. Wah memang berbeza diorang hidup ngan kita. Diorang ada subsidi. Diorang buat kapal sendiri. Lepastu  kitorang pergi Ladang Pandan Coconut, kitorang dengar sejarah tentang bagaimana Pak Mail mengusahakan ladangnya dan lain-lain. [ Nanti saya kongsikan nota saya ]



Lepas lawat tu, kitorang bersiap nak solat maghrib dan isyak. Kitorang mandi dekat Homestay, pergi jalan kaki. Alah dekat je... Tapi tak mandi pun, sebab masa suntuk dan ramai orang nak mandi. So kitorang tak mandi. Tabahla ye. kalau mengembara ni memanng macam ni. Malam tu solat maghrib, dengar ceramah dari Imam Muda Asyraf. Ya allah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuk dan penatnya. Sekali menguap tertidur terus. haishhh... Lepas tu ada makan-makan dengan community. Siap makan terus naik bas balik MRSM. Fiuhhh... Mareyyy tidur. Penat tau tak.💦








DAY 4 (Ahad 19 Ogos ):


Ok, program hari yang ni best. Lepas breakfast kitorang terus pergi kat Telaga Tujuh Eco Park. so tempat kitorang naik bukit yang condong dia macam haishhh... nak terjatuh kebelakang. Sesak nafas naik. Sebelum kitorang naik tu diorang ada bagi 3 buku. Harga 1 buku tu RM 100 lebih. Macam ' cannot brain' lah kan.  Buku tentang air, tentang hutan dan buku latihan. Wahhh... naik atas tu salin semua benda la. memang banyak nota saya buat. Nanti saya tunjuk. [ bila dah turun bawah balik tu, kitorang pergi la makan kan, pastu diorang {Fesi} pergi pasang lagu  K -Pop pulak. Semua orang pun jadi satu kepala, pergi nyanyi sama-sama.] - Banyak monyet yang ganas dan kelaparan di sana, hati- hati kalau korang pergi sana-



Lepas naik bas tu, ingat nak balik asrama. Rupa rupanya, nak pergi Art and STEM Exposure at The Oriental Village:3D Art Museum. bila masuk kat dalam tu memang best la... ada gambar jangan risau nanti saya tunjuk. Dah la masa tu tengah hujan. Masuk dalam keadaan yang basah. kasut hmmm... Habis basah jeruk. Lepas dh enjoy-enjoy, kitorang lah yang paling awal keluar. so ada banyak masa lagi... kitorang pergi kedai. Member kata nak makan aiskrim, so diorang beli. Tiba-tiba tangan keluarkan duit nak beli aiskrim. Padahal tak nak pun sebenarnya, mungkin rasa lapar kot sebab tu nak kunyah-kunyah. Rezekilah kan, dapat makan Magnum almond. Fiuhhh. terliur...



Ingatkan nak balik asrama, tapi tak pun. Kitorang pergi kat Langkawi Research Center UKM Tour di Pantai Tok. So kena buat aktiviti untuk mengenali umur fosil-fosil sekalian tu. Maklumlah, Kumpulan kitorang jenis yang suka bertanding atau dipanggil pantang dicabar. Kitorang je yang bising berbincang nak cepat-cepat siap. Last-last siap dulu. Hmmm... puas hati diorang. Saya pun puas hati sebab kumpulan saya jenis yang 'sporting' gila. hahaha.



Malam tu diorang kata kitorang ada pembentangan tentang pelajaran yang dipelajari sepanjang program ni dari awal sampailah sekarang ni kan. Kitorang pun terkejut, lepas makan kitorang solat. Hmmm... kumpulan kitorang kumpulan last buat preparation sebab tak cukup masa. So, cara kitorang bentang. ambil semua phone ahli tunjuk gambar yang kitorang pergi. tapi lain-lain la. Nanti bila juri sampai suruh diorang pilih. Dan kitorang akan ceritakan berdasarkan cerita yang juri pilih. Haaa... Kreatif tak? Tapi ada kumpulan lain tiru... tak best la pulak. BTW, kitorang  punya pembentangan tu macam gallery walk. so juri datang kat setiap tempat.Pastu tiba-tiba kena buat 'cheers'. hmmm... lantakla...buat jela. Memang kuat hahhahahahahah.



Tapi tak menang pun presentation tu, tapi bila diorang umumkan yang top 3 kitorang ada je. Mungkin markah-markah sebelum ni kot. So diorang kata yang top 3 ni kena buat persembahan untuk malam esok. Haiiih... nantikan je lah ye.


   

 


DAY 5 ( Isnin 20 Ogos ):




Okay, harini kitorang pergi Kilim Karst Geoforest Park. Kitorang naik boat hari ni. Yaaasss... So, kitorang naik bot pergi gua kelawar. Wah, first time tengok kelawar depan mata. Seram gila... dia ada dua gua. satu gua ada kelawar. Satu lagi, gua dia kecik , sampai kena jalan macam itik. pastu keluar. Lepas tu naik bot balik, masa di belok tu. best, tersenget kat sebelah macam nak jatuh. menjerit semua dalam bot tu. [ BTW kitorang 1 boat satu kumpulan so kitorang ada 12 bot 2 bot untuk fesi teknikal lagi 10 tu kitorang. ]. 


Pastu  kitorang masuk gua buaya, hmmm... macam-macam lah. Pastu nak ambil gambar dekat bukit yang ada tulisan  Kilim Geoforest Park tu. Semua duduk hujung boat, nak ambil  gambar kumpulan, pastu budak lelaki yang duduk belakang kitorang ni pun melompat. Nak kacau tujuan diorang tu, pastu bising la bot kitorang takut terpacak kebelakang, jatuh nanti kang tak tahu. Tapi bot peserta yang lain pandang kitorang dengan muka bela, malu betul. heheheheh.

Lepas puas naik bot, kitorang pun masuklah bas. Then, kitorang pergi visit Mahsuri Tomb's & Culture Centre. Hmmm... penat berlari. Ada explorace kat situ, tapi tak sempat ambil gambar sebab busy lari dan selfie. Jawapan dia kena ada gambar selfie kumpulan baru sah. Tapi kitorang 2nd hantar. So apa lagi, kitorang bincang pasal apa nak buat malam nih... takut serius takut. Kitorang cadang nak buat dzikir barat. Dan ia memang menjadi dan memalukan bagi saya huhuhu. Pastu pastu, kitorang pergi HIG [ Haji Ismail Group ] punya kedai. So kat situ kitorang borang coklat. Saya borong sampai habis duit. (Duit yang mak bagi)

Petang tu, kitorang buat preperation sampai ke maghrib kat MRSM. Semua pakai baju tradisional. Lepas habis kata-kata penutupan, diorang panggil top 3 bersedia kat belakang pentas. Kitorang tinggalkan makanan kat atas meja makan dengan perasaan gerun. hu hu hu. Takut. Dan akhirnya kitorang buat persembahan dan persembahan itu sikit lagi nak hancur. Malu weyhhh... lepas habis tuh. Kitorang datang balik kat meja makan dengan perasaan malu-malu kucing. Hahahaha, pastu diorang pasang video sepanjang kitorang ada kat langkawi.

 Tiba masanya, diorang kata diorang nak kira markah balik. Dan kumpulan saya dapat no 2. Serious dah agak no 2 sebab dari haritu diorang sebut nama kumpulan top 3 tu  kitorang kat tengah. Lepas tu naik la pentas. adoiii... saya lead jalan naik pentas, buat malu je tak tahu jalan arah mana. Ambil gambar kat pentas and then tengoklah dalam hadiah tu ada apa. Rupa-rupanya coklat lagi. Banyak coklat bawak balik nih. Dah borong dapat lagi. Habis ceremony tu ambil gambar kumpulan. Rindu lah... Pastu diorang suruh kumpul balik nak bagi taklimat esom bangun awal terus gerak pergi Jetty. 

Tidur dengan kesedihan esok pagi nak tinggalkan langkawi.







 






DAY 6 ( Selasa 21 Ogos ):


Bangun-bangun pagi terus pergi mandi packing barang, keluar dorm dengan member, terus naik bas pukul 0630. Macam bangun malam, naik bas pergi jetty denggan coklat yang banyaknya. Sementara tu diorang suruh Breakfast, diorang bagi sandwich ngan nasi lemak. Hahahaha breakfast dekat depan pintu masuk Jetty, dengan line yang banyaknya kitorang ni. Pastu naik Jetty, makan nasi lemak dalam feri. Dah kenyang pastu tertidur. Bila bangun tu, tengok kat tv depan rupanya ada cerita ' Train to Busan'. Huhuhuh nak tengok walaupun dah tengok banyak kali. Lepas tu diorang kata sampai R&R diorang bagi RM15 belanja untuk makan. Tapi kebanyakan peserta kitorang makan KFC. Yang lawaknya kat KFC tu ada peserta kitorang je. Ok tak. Sambung pulak perjalanan sampai Menara Kembar Bank Rakyat. Turun bas tunggu kat pintu utama. Pastu balik... Camtu je. Sedih, tapi Whatsapp kumpulan kitorang masih aktif. Hahahahaha... I mean kitorang masih ber'contact'.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, KMR tahun ni lagi best dari tahun lepas, sebab ramai kawan dan aktiviti dia menarik. Kalau korang nak join. Jomlah, pergi kat website diorang. Setiap tahun ada tau. Untuk remaja yang berumur 13- 17 tahun sahaja. Untuk sekolah menengah je tau. Aktiviti Diorang memang best. Menyesal tak pergi sebab program ni diorang sponsor semua benda: Untuk program ni kitorang dapat beg, 3 helai baju [ Sempena program yang diorang buat], buku, makanan, minuman, pengakutan. Semua benda diorang sponsor. Jangan risau sebab diorang hanya mahukan objektif program ini tercapai demi remaja-remaja yang berada di malaysia untuk mengetahui tentang malaysia.

...................................................................................................................................................................

Baiklah, Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca pengalaman saya sepanjang cuti ini. Harap korang terhibur. Kalau korang suka pengalaman ni sila komen dibawah...! Bye Bye.